Serba serbi Jam tangan

Hits: 2331

.

Setiap orang pasti mempunyai satu jam tangan. Untuk mengetahui waktu, kita tidak dapat jauh dari jam tangan. Selain dari jam tangan, kita boleh mengetahui waktu dari telepon genggam, jam dinding di dalam rumah, dan banyak lagi lainnya.

Ada orang memakai Jam Tangan asal dia tahu waktu dengan benar. Ada orang pakai karena digunakan untuk status. Ada orang memakai Jam Tangan untuk "fashion and accessories". Ada pula yang membeli Jam Tangan mahal kerana digunakan untuk "investment". Ada pula yang beranggapan bahwa Jam Tangan itu walaupun mahal memang ada harga jual (resale value) semula. Ada orang beli Jam Tangan baru, ada pula orang suka Jam Tangan second hand. Ada yang suka jam antik - vintage. Ada pula yang senang memakai jam tiruan (fake watches) bisa dikata 1st grade copy, AAA, replica, Japanese movement, enjinSwiss, Swiss grade, Petaling Street mariiii, dan bermacam-macam kategori. Ada pula segelintir yang membeli jam kerana tema pada Jam Tangan itu (themed watches).

Amat menarik sekali, Kerana itu lah banyak orang yang suka memiliki berbagai Jam Tangan tidak selalu dia seorang pengumpul Jam Tangan (collector). Ada pula yang memang boleh dipanggil sebagai gila jam! Persoalannya sekarang, sejauh mana kita mengetahui perkara-perkara yang patut kita tahu mengenai Jam Tangan?
Begitu juga Jam Tangan. Jika anda pengumpul dan pencinta Jam Tangan, sudah pasti anda ingin mengetahui ilmu mengenainya (horology). Tidak rugi mempelajari sesuatu yang kita minati.


Jam Analog & Jam Digital

img

Haruslah kita ketahui bahwa terdapat dua jenis Jam Tangan yang lazimnya digunakan sebagai penunjuk waktu ataupun pengukur masa. Jam analog adalah jam yang mengukur masa dan menunjukkan waktu dengan menggunakan jarum (jarum jam) saat, menit, dan jam (hour). Ada pula yang menunjukkan waktu kedua (second time zone) dan waktu GMT (Greenwich Mean Time) dengan tambahan satu lagi jarum khas. Tarikh (kalendar) juga boleh ditunjukkan dengan menggunakan jarum. Secara lumrahnya, Jam Tangan analog lebih mudah dibaca. Dengan sekali pandang kita boleh menyebut waktu ketika itu, walaupun hanya dengan dua jarum - jam dan menit.

Jam digital adalah jam yang menggunakan paparan LCD (liquid crystal display), mengukur, dan menunjukkan masa dalam betuk nomor dan text (alpha-numeric). Dengan paparan digital alpha-numeric, ia mampu menunjukkan masa dalam kiraan jam, minit, dan saat. Ada juga jam yang mempunya kombinasi analog dan digital ataupun dipanggil 'combi watch'.



Jam Analog: Dial, Register, Marker

img

Permukaan jam yang mempunyai tanda atau skala ukuran waktu adalah apa yang dipanggil 'dial'. Berlainan daripada jam digital yang mempunyai paparan LCD yang berbetuk empat segi (kebanyakkannya), jam analog secara umumnya berbentuk bulat. Sebagaimana prinsip jarum jam yang berputar (dipanggil putaran jam atau clockwise), dial berbetuk bulat untuk memudahkan pengiraan masa dan menunjukkan waktu dalam kiraan saat, minit, sehingga kepada jam (hour).

Untuk jam penyukat masa analog atau 'chronograph' (sebagian kitamemangilnya stop-watch), ia mempunyai beberapa dial kecil untuk mengukur skala masa tertentu sama ada saat, menit, maupun jam. Dial-dial kecil ini dipanggil 'register' ataupun 'counter'. Setiap register ataupun counter mempunyai satu jarum penunjuknya sendiri. Namun begitu, dengan kemajuan teknologi dan kemahiran pembuatan jam-jam analog, ada register atau counter yang mempunya dua skala dan dua jarum penunjuk di dalamnya. Ini boleh didapati pada jam-jam mekanikal mewah yang berada di pasaran. Ada pula jam yang mempunyai marker atau penunjuk skala yang tidak berbentuk bulat. Dengan jarum yang bergerak dua-hala kiri dan kanan, penanda bentuk kon atau kipas akan kita termui. Kebanyakkannya menunjukkan tahap kuasa simpanan (power-reserve mark, reserve de marche) sesebuah jam mekanikal. Ada juga yang menunjukkan tarikh atau kalendar.



Strap & Bracelet
"Strap dan bracelet" adalah terminologi yang digunakan oleh industri. Strap adalah merujuk kepada tali jam (watches strap) yang dibuat dari kulit, fabrik, getah, plastik, atau kombinasi dari bahan-bahan tersebut. Ia disambungkan ke jam menggunakan "spring bar". Spring bar adalah batang besi yang berbentuk tiub di mana di dalamnya terdapat spring yang membolehkan bahagian tiub yang lebih kecil diameternya di kedua-dua hujung tiub bergerak anjal untuk mengunci strap yang dipasang pada lubang (pin hole) yang terdapat pada bahu (shoulder) jam. Keanjalan spring bar untuk memendek dan memanjang membolehkan strap dipasang dan dibuka semula.

img

Spring bar, mengikut ukuran yang sesuai juga digunakan untuk mengikat buckle tali jam (watches strap buckle). Jam yang menggunakan strap dipasang pada pergelangan tangan dengan menyambung kedua-dua bahagian strap menggunakan buckle dan diikat dengan menggunakan buckle lock yang disekat pada lubang-lubang pada tali jam (strap hole) - senang cerita, seperti memakai tali pinggang.

Bracelet pula adalah merujuk kepada tali jam yang diperbuat dari bahan keluli(besi, emas, platinum, dan sebagainya) bersesuaian dengan bahan sesuatu jam itu dibuat. Kita biasa memanggilnya "tali besi". Berbeda dengan strap, bracelet diikat pada pergelangan tangan dengan mengunakan clasp buckle atau bracelet lock. Pada permukaan clasp buckle inilah biasanya kita dapati jenama jam diukir (etching) atau di stamp. Berbagai cara digunakan untuk memastikan bracelet diikat pada pergelangan tangan bergantung kepada pembinaannya (bracelet lock construction). Panjang atau pendek bracelet boleh disesuaikan dengan ukuran pergelangan si pemakai dengan mengunakan spring bar yang dipasang pada satu hujung bracelet. Spring bar akan disekat pada bracelet lock atau bracelet buckle mengunakan beberapa extension pin hole. Memandangkan saiz bracelet sudah dikunci menggunakan extension pin - bahagian clasp/deployment yang diintegrasikan bersama buckle membolehkan Jam Tangan dipasang dan ditanggalkan dengan selesa. Clasp/deployment yang bersifat seperti buku yang boleh dibuka dan ditutup membolehkan bracelet memanjang dan memendek bagi memberi ruang untuk jam disarung ke pergelangan tangan. Bergantung kepada pembinaannya, ada clasp/deployment yang mempunyai dua lipatan buku bersebelahan ataupun dipanggil double deployment.

Seperti mana strap, bracelet disambungkan pada bagian jam menggunakanspring bar. Bergantung kepada pembuatan sesebuah Jam Tangan, ada bracelet yang disambung menggunakan skrew. Di bagian shoulder jam biasanya akan dibuat lubang untuk mengikat bracelet dengan menggunakan skrew tersebut. Bahagian yang menyambungkan bracelet dengan jam dipanggil bracelet shoulder. Bracelet shoulder digunakan bukan setakat untuk menyambung malah untuk menutup bahagian lug sesebuah jam bagi kelihatan kemas. Pembuatan seperti ini dipangil disintegrated bracelet. Integrated bracelet pula adalah sebaliknya di mana bracelet shoulder dibina bercantum di kedua-dua hujung bahagian penyambung bracelet kepada Jam Tangan.

img

 

 

sumber : http://www.machtwatch.co.id/